😍😍
ADIK ADIK SEKALIAN , MESTI TERTANYA ADAKAH COURSE NI MENAWARKAN PELUANG KERJA YANG OK?
Soalan ini lah sering sangat ditanya pd miss.
baik, disini miss senaraikan beratus peluang pekerjaan yang boleh diteroka oleh semua.Bidang tourism hotel dan kulinari menawarkan job yang paling banyak!
Kita ambil saja contoh operasi hotel?
>> Dari kita masuk ke pintu , ada pekerja membuka pintu, ade yang mengambil beg kita, ada staff di kaunter tersenyum, ada staff membawa kita ke bilik,masuk ke ruang makan cheff busy menyediakan makanan.
>>Nak balik ke airport pula ade driver hantar, ada beratus staff menjaga operasi di airport.
ITU BARU MISS STORY PASAL HOTEL DAN AIRPORT JE..TU BARU SIKIT.
Bayangkan tour and tourism ni satu network yang sangat luas merangkami beratus malah beribu peluang pekerja dengan tujuan? melayani pelanggan iaitu kite sebagai traveler atau guest mereka.
JADI APA LAGI PEKERJAAN LAIN?
Penginapan
Restoran dan bar
Perjalanan dan pelancongan
Sebenarnya banyak lagi peluang kerja tak terlarat nak menyebutnya kerana semua bidang sebenarnya berkait dengan tourism dan hotel ni.Kerana dari penginapan,makan,pengangkutan sehingga ke reakreasi kite di air terjun semua berkait dengan bidang tourism dan hotel ni.Bukan sahaja boleh bekerja dengan kerajaan,malah adik adik boleh bekerja dengan pihak swasta di mana sahaja di dunia ini tidak terhad di Malaysia sahaja.Malah menjadi tour guide secara freelance membawa grup ke korea pun adalah satu cabang kerjaya dalam bidang ini.
Peluang untuk menjadi pengurus, pengurus atasan malah memiliki bisnes hotel atau cafe sendiri juga merupakan peluang tinggi dalam bidang ini yang memberi gaji lumayan kepada pekerja.
Jadi boleh fahami sedikit kan tentang nak kerja apa nanti??
No comments:
Post a Comment