COURSE INI PERLU BUDGET BELANJA YANG BANYAK?

 



                    😛😚 ada juga ramai bertanya ambil bidang ni belanja banyak ke?


Sebenarnya ia bergantung kepada subjek dan keperluan lecturer.Setiap lecturer lain stylenya.Tetapi selalunya kos dalam tourism ni tidakla terlalu mahai.


Setiap sem pasti ade kerja kursus , jadi kene print siapkan dan buat bersama rakan rakan dalam team.Dan ada masanya perlu keluar untuk membuat research di luar.Adakala perlu pergi ke museum, hotel atau lokasi tarikan pelancongan berdekatan untuk membuat kajian.


Tetapi jangan la risau lecturer tidak akan membebankan pelajar selalunya .Bagi subjek event contohnya , ade projek memerlukan membuat contest /event show yang akan menguji kemahiran pelajar untuk mencari sponsor dan dana.Disinilah pentingnya pelajar saling bekerjasama menyiapkan tugasan mereka dan setiap projek mempunyai markah.


Tetapi jangan risau skarang PTPTN dan MARA malah ade pinjaman lain yang diberikan ,banyak membantu pelajar untuk belajar.Jika ada masalah laporkan pada pensyarah anda ya.


Di akhir semester biasanya pelajar perlu ke intern atau praktikal.Disini lah penting pelajar mencari agensi praktikal yang terbaik dan bonus jika agensi memberi gaji/elaun kepada pelajar.


jadi,,sudah faham sedikit akan course ni? 😁😍

Apa pula bidang seni kulinari ??

 




            Hai,, kalau tengok gambar tu 1 Malaysia kenal kan?


            Ini adalah  Chef Wan, seorang chef amat berjaya di Malaysia malah dikenali seluruh asia dan dunia.


                Adik adik nak jadi ke macam beliau?? Bolehla menceburi bidang kulinari.Sebenarnya kulinari bermaksud  seni persiapan menyiapkan makanan, teknik dan cara penyediaan hidangan sehingga ke persiapan rasa dan bahan dan ke akhir hidangan.Itu secara ringkasnya.


                Memasuki dunia kulinari , akan  belajar teknik masak dan hidangan menu.Belajar cara nak urus menu, apa kos masakan? masa  untuk setiap bahan disediakan? apakah teknik masakan dan potongan?


                Even seni memotong daging dan ikan juga akan dipelajari melalui kulinari ini.Jadi,apakah kerja yang boleh dijadikan kerjaya?


                Sangat lah banyak.Ia merangkumi 

> CHEF

>PEMBANTU CHEF

> PERKHIDMATAN KATERING  DAN PEMBEKAL MAKANAN

>CHEF PERIBADI 

> KITCHEN ARTIST OR SELEBRITI

>BEKERJA DI DAPUR INDUSTRI SEPERTI DI  AIRLINES 

>TENAGA PENGAJAR 

>PENGUSAHA KEDAI DAN CAFE 


                TENGOK SAJA CONTOH KHAIRUL AMING YANG GLAMER ,BELIAU FOKUS KEPADA USAHAWAN MAKANAN.Nak jadi macam beliau ke? kenelah belajar seni membuat sambal sedap ya.





                    Itu sahaja sudah mencukupi,malah jika difikirkan banyak lagi pekerjaan berkaitan makanan ini kerana setiap agensi perniagaan di dunia ini memerlukan makanan kan?



SOALAN LAZIM> COURSE NI KERJA BANYAK KE NANTI BILA GRAD?

 


                 😍😍


ADIK ADIK SEKALIAN , MESTI TERTANYA ADAKAH COURSE NI MENAWARKAN PELUANG KERJA YANG OK?


Soalan ini lah sering sangat ditanya pd miss.


baik, disini miss senaraikan beratus peluang pekerjaan yang boleh diteroka oleh  semua.Bidang tourism hotel dan kulinari menawarkan job yang paling banyak!


Kita ambil saja contoh operasi hotel?


>> Dari kita masuk ke pintu , ada pekerja membuka pintu, ade yang mengambil beg kita, ada staff di kaunter tersenyum, ada staff membawa kita ke bilik,masuk ke ruang makan cheff  busy menyediakan makanan.


>>Nak balik ke airport pula ade driver hantar, ada beratus staff menjaga operasi di airport.


ITU BARU MISS STORY PASAL HOTEL DAN AIRPORT JE..TU BARU SIKIT.


Bayangkan tour and tourism ni satu  network yang sangat luas merangkami beratus malah beribu peluang pekerja dengan tujuan? melayani pelanggan iaitu kite sebagai traveler atau guest mereka.


JADI APA LAGI PEKERJAAN  LAIN?



Penginapan

Restoran dan bar

Perjalanan dan pelancongan

Bidang lain


Sebenarnya banyak lagi  peluang kerja tak terlarat nak menyebutnya kerana semua bidang sebenarnya berkait dengan tourism dan hotel ni.Kerana dari penginapan,makan,pengangkutan sehingga ke reakreasi kite di air terjun semua berkait dengan bidang tourism dan hotel ni.Bukan sahaja boleh bekerja dengan kerajaan,malah adik adik boleh bekerja dengan pihak swasta di mana sahaja di dunia ini tidak terhad di Malaysia sahaja.Malah menjadi tour guide secara freelance membawa grup ke korea pun adalah satu cabang kerjaya dalam bidang ini.


Peluang untuk menjadi pengurus, pengurus atasan malah memiliki bisnes hotel atau cafe sendiri juga merupakan peluang tinggi dalam bidang ini yang memberi gaji lumayan kepada pekerja.


Jadi boleh fahami sedikit kan tentang nak kerja apa nanti??

Kenali kenapa nenas????

 




hai semua adik adik pembaca blog.


Miss kembali menulis sebab ada kelapangan sedikit.Almost 10 tahun tak menulis blog nasib baik masih ingat cara cara buat blog hehe.

Menginjak usia ni, tetapi miss selalu menerima pertanyaan melalui wsp atau emel pelajar lepasan SPM bertanya tentang course tourism dan hotel atau pun kulinari.

Tapi sebelum miss menulis, cuba tengok gambar nenas tu? kenapa nenas? 

Nenas mewakili simbol tourism dan hospitality!!

ia melambangkan sikap manis , sikap ramah tamah dan penuh hospitality dalam dunia pelancongan ini.

Jadi, pada yang bertanya bagus ke menarik ke nak study tourism/hotel or kulinari? 

JAWAPANNYA ! MESTILAH MENARIK! 

teruskan pembacaan pada post ni utk tahu lebih mendalam ya...

                      Puan, anak saya suka masak ni, dia nak masuk bidang kulinari.Ok ke?😂😂😂                          Begitulah pertanyaa...