Puan, anak saya suka masak ni, dia nak masuk bidang kulinari.Ok ke?😂😂😂
Begitulah pertanyaan miss terima sebelum ini.Sebenarnya bidang seni kulinari sudah dikenali ramai pada masa sekarang ni kan. Tapi mari kite dalami apa itu kulinari?
Masak ke?
Kene sediakan sup ke?
Kene buat kek ke?
Nak buat kek jadi gebu macam mana?
INI ANTARA PERSOALAN SERING DIFIKIRKAN BILA BERKAITAN MASAK MEMASAK.
Sebenarnya seni kulinari ni adalah bidang masakan, penyediaan makanan, pastri dan kek serta aktiviti-aktiviti yang tertumpu di dapur.
Dari proses siapkan menu hingga ke acara hidang tu semua dipelajari dalam kulinari. Adik adik belajar dalam kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.
Bidang ini ingin melahirkan chef yang cekap melalui latihan teori dan praktikal dalam semua aspek pengeluaran makanan. Adik adik juga akan belajar selok belok pengurusan stok , kos operasi dan ilmu pengurusan dan penempahan stok juga aspek kewangan dan pengurusan pekerja . Sudah selesai diploma bolehla adik adik menjadi seorang chef.Atau mungkin ingin membuka katering, kedai makan,cafe , kedai kek , atau pun menjadi INFLUENCER terkenal buat review tentang makanan pun boleh. Pendek kata adik adik tentukan apakah kerjaya yang ingin dibina nanti.
Semua orang boleh memasak ,tetapi insan yang mendalami ilmu kulinari lebih memahami tentang tekstur, bahan,rasa, aspek persembahan menu dan pendek kata mempelajari kulinari masakan tidak akan rugi sepanjang hidup kita.
Jadi? berminat nak ceburi bidang kulinari? jomla pm miss ade kolej menarik yang menawarkan pembelajaran terbaik tau.
sekian tulisan kali ini....jika ade kemushkilan terus wsp ya.
Jika ada masa bacalah blog chef mat salleh ni, so adik adik akan nampak bayangan sedikit bagaimana nak jadi chef tu,menarik juga story dia.
https://lesdachef.wordpress.com/2014/04/28/a-chefs-journey-life-as-a-chef-part-1/
Terima kasih semoga bermanfaat ...💞💞💞💞💞💞💞
No comments:
Post a Comment