Hai,, kalau tengok gambar tu 1 Malaysia kenal kan?
Ini adalah Chef Wan, seorang chef amat berjaya di Malaysia malah dikenali seluruh asia dan dunia.
Adik adik nak jadi ke macam beliau?? Bolehla menceburi bidang kulinari.Sebenarnya kulinari bermaksud seni persiapan menyiapkan makanan, teknik dan cara penyediaan hidangan sehingga ke persiapan rasa dan bahan dan ke akhir hidangan.Itu secara ringkasnya.
Memasuki dunia kulinari , akan belajar teknik masak dan hidangan menu.Belajar cara nak urus menu, apa kos masakan? masa untuk setiap bahan disediakan? apakah teknik masakan dan potongan?
Even seni memotong daging dan ikan juga akan dipelajari melalui kulinari ini.Jadi,apakah kerja yang boleh dijadikan kerjaya?
Sangat lah banyak.Ia merangkumi
> CHEF
>PEMBANTU CHEF
> PERKHIDMATAN KATERING DAN PEMBEKAL MAKANAN
>CHEF PERIBADI
> KITCHEN ARTIST OR SELEBRITI
>BEKERJA DI DAPUR INDUSTRI SEPERTI DI AIRLINES
>TENAGA PENGAJAR
>PENGUSAHA KEDAI DAN CAFE
TENGOK SAJA CONTOH KHAIRUL AMING YANG GLAMER ,BELIAU FOKUS KEPADA USAHAWAN MAKANAN.Nak jadi macam beliau ke? kenelah belajar seni membuat sambal sedap ya.
Itu sahaja sudah mencukupi,malah jika difikirkan banyak lagi pekerjaan berkaitan makanan ini kerana setiap agensi perniagaan di dunia ini memerlukan makanan kan?


No comments:
Post a Comment