Puan, anak saya suka masak ni, dia nak masuk bidang kulinari.Ok ke?😂😂😂
Begitulah pertanyaan miss terima sebelum ini.Sebenarnya bidang seni kulinari sudah dikenali ramai pada masa sekarang ni kan. Tapi mari kite dalami apa itu kulinari?
Masak ke?
Kene sediakan sup ke?
Kene buat kek ke?
Nak buat kek jadi gebu macam mana?
INI ANTARA PERSOALAN SERING DIFIKIRKAN BILA BERKAITAN MASAK MEMASAK.
Sebenarnya seni kulinari ni adalah bidang masakan, penyediaan makanan, pastri dan kek serta aktiviti-aktiviti yang tertumpu di dapur.
Dari proses siapkan menu hingga ke acara hidang tu semua dipelajari dalam kulinari. Adik adik belajar dalam kurikulum komprehensif yang menyentuh aspek pembelajaran secara teori dan amali.

